Berkuat kuasa pada 03 Jun 2022

Di LinkedIn, kami mengamalkan sikap yang telus dan terbuka tentang cara kami mengumpulkan dan menggunakan data yang berkaitan dengan anda. Dasar Kuki ini terpakai kepada semua produk atau perkhidmatan LinkedIn yang dikaitkan dengan dasar ini atau digabungkan sebagai rujukan. Kami menggunakan kuki dan teknologi yang serupa seperti piksel, storan tempatan dan ID iklan mudah alih (secara kolektif dirujuk dalam dasar ini sebagai “kuki”) untuk mengumpulkan dan menggunakan data sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan kami seperti yang ditakrifkan dalam Dasar Privasi kami (“Perkhidmatan”), yang merangkumi laman, komunikasi, aplikasi mudah alih dan Perkhidmatan kami di luar laman seperti perkhidmatan iklan kami dan plugin atau tag “Mohon dengan LinkedIn” dan “Kongsi dengan LinkedIn”. Selaras dengan pengekalan semangat ketelusan, dasar ini memberikan maklumat terperinci tentang cara dan sebab kami menggunakan teknologi ini. 

Dengan meneruskan lawatan atau penggunaan Perkhidmatan kami, anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi yang serupa bagi tujuan seperti yang diterangkan dalam dasar ini.

Apakah teknologi yang digunakan?

Jenis teknologi Penerangan
Kuki

Kuki ialah fail kecil yang ditempatkan dalam peranti anda untuk mendayakan ciri dan fungsi LinkedIn. Mana-mana pelayar yang melawati laman kami mungkin menerima kuki daripada kami atau kuki daripada pihak ketiga seperti pelanggan, rakan kongsi atau penyedia perkhidmatan kami. Kami atau pihak ketiga juga mungkin meletakkan kuki dalam pelayar anda apabila anda melawati laman bukan LinkedIn yang memaparkan iklan atau mengehoskan plugin atau tag kami.

Kami menggunakan dua jenis kuki: kuki berterusan dan kuki sesi. Kuki berterusan dikekalkan selepas sesi semasa dan digunakan untuk banyak tujuan, seperti mengenal pasti anda sebagai pengguna sedia ada agar anda boleh kembali ke LinkedIn dengan mudah dan berinteraksi dengan Perkhidmatan kami tanpa perlu mendaftar masuk semula. Memandangkan kuki berterusan kekal dalam pelayar anda, kuki tersebut akan dibaca oleh LinkedIn apabila anda kembali ke salah satu laman kami atau melawati laman pihak ketiga yang menggunakan Perkhidmatan kami. Kuki sesi hanya kekal selama sesi berkenaan dijalankan (biasanya lawatan semasa ke laman web atau sesi pelayar).

Piksel Piksel ialah imej kecil yang mungkin dibenamkan dalam laman web dan e-mel, memerlukan panggilan (yang memberikan maklumat peranti dan lawatan) kepada pelayan kami agar piksel dipaparkan di laman web dan e-mel tersebut. Kami menggunakan piksel untuk mengetahui lebih lanjut tentang interaksi anda dengan kandungan e-mel atau kandungan web, seperti sama ada anda berinteraksi dengan iklan atau paparan. Piksel juga boleh membolehkan kami dan pihak ketiga meletakkan kuki pada pelayar anda.
Storan setempat Storan setempat membolehkan laman web atau aplikasi menyimpan maklumat secara setempat pada peranti anda. Storan setempat boleh digunakan untuk menambah baik pengalaman LinkedIn seperti mendayakan ciri, mengingati pilihan anda dan mempercepat kefungsian laman.
Teknologi serupa yang lain Kami juga menggunakan teknologi penjejakan lain seperti ID dan tag pengiklanan mudah alih untuk tujuan serupa seperti yang diterangkan dalam Dasar Kuki ini. Rujukan kepada teknologi yang serupa dalam dasar ini termasuk piksel, storan setempat dan teknologi penjejakan yang lain.


Jadual kuki kami menyenaraikan kuki dan teknologi serupa yang digunakan sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan kami. Harap maklum bahawa nama kuki dan teknologi serupa mungkin berubah dari semasa ke semasa.

Apakah kegunaan teknologi ini?

Kami menerangkan tujuan kami menggunakan teknologi ini di bawah.

Tujuan Penerangan
Pengesahan

Kami menggunakan kuki dan teknologi yang serupa untuk mengenal pasti anda apabila anda melawati Perkhidmatan kami.

 

Jika anda mendaftar masuk ke LinkedIn, teknologi ini akan membantu kami menunjukkan maklumat yang bersesuaian kepada anda dan memperibadikan pengalaman anda mengikut tetapan anda. Sebagai contoh, kuki membolehkan LinkedIn mengenal pasti anda dan mengesahkan akaun anda.

Keselamatan

Kami menggunakan kuki dan teknologi yang serupa agar interaksi anda dengan Perkhidmatan kami menjadi lebih cepat dan lebih selamat.

 

Sebagai contoh, kami menggunakan kuki untuk mendayakan dan menyokong ciri keselamatan kami, melindungi keselamatan akaun anda dan membantu kami mengesan aktiviti berbahaya dan pelanggaran Perjanjian Pengguna.

Pilihan, ciri dan perkhidmatan

Kami menggunakan kuki dan teknologi serupa untuk mendayakan kefungsian Perkhidmatan kami seperti membantu anda mengisi borang pada Perkhidmatan kami secara lebih mudah dan memberi anda ciri, maklumat dalaman dan kandungan yang disuai khas melalui plugin kami. Kami juga menggunakan teknologi ini untuk mengingati maklumat tentang pelayar dan pilihan anda.

Sebagai contoh, kuki boleh memberitahu kami bahasa pilihan anda dan pilihan komunikasi anda. Kami juga mungkin menggunakan storan setempat untuk mempercepat kefungsian laman.

 

Kandungan yang disuai khas

Kami menggunakan kuki dan teknologi yang serupa untuk menyuai khas pengalaman anda pada Perkhidmatan kami.

 

Sebagai contoh, kami mungkin menggunakan kuki untuk mengingati carian terdahulu agar apabila anda kembali ke perkhidmatan kami, kami dapat menawarkan maklumat tambahan yang berkaitan dengan carian terdahulu anda.

Plugin di dalam dan di luar LinkedIn

Kami menggunakan kuki dan teknologi yang serupa untuk mendayakan plugin LinkedIn di dalam dan di luar laman LinkedIn.

 

Sebagai contoh, plugin kami yang termasuk butang “Mohon dengan LinkedIn” atau butang “Kongsi” boleh didapati di laman LinkedIn atau pihak ketiga seperti laman pelanggan atau rakan kongsi kami. Plugin kami menggunakan kuki dan teknologi lain untuk memberikan analisis dan mengenal pasti anda di LinkedIn dan laman pihak ketiga. Jika anda berinteraksi dengan plugin (seperti dengan mengklik “Mohon”), plugin akan menggunakan kuki untuk mengenal pasti anda dan memulakan permintaan permohonan anda.

 

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang plugin dalam Dasar Privasi kami.

 

Pengiklanan

Kuki dan teknologi yang serupa membantu kami memaparkan pengiklanan yang relevan kepada anda secara lebih berkesan, di dalam dan di luar Perkhidmatan kami dan untuk mengukur prestasi iklan sedemikian. Kami menggunakan teknologi ini untuk mengetahui sama ada kandungan telah dipaparkan kepada anda atau sama ada seseorang yang ditunjukkan iklan kembali kemudian dan mengambil tindakan (seperti memuat turun kertas putih atau membuat pembelian) di laman lain. Begitu juga, rakan kongsi atau penyedia perkhidmatan kami juga boleh menggunakan teknologi ini untuk menentukan sama ada kami telah memaparkan sesuatu iklan atau paparan dan prestasinya atau memberi kami maklumat tentang cara anda berinteraksi dengan iklan.

 

Kami juga boleh bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi kami untuk memaparkan sesuatu iklan kepada anda sama ada di dalam atau di luar laman LinkedIn, selepas anda melawati laman milik pelanggan, rakan kongsi atau sesuatu aplikasi. Teknologi ini membantu kami memberikan maklumat terkumpul kepada pelanggan dan rakan kongsi kami.

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penggunaan kuki untuk tujuan pengiklanan, sila lihat Seksyen 1.4 dan 2.4 dalam Dasar Privasi.

 

Seperti yang dinyatakan dalam Bahagian 1.4 Dasar Privasi kami, di luar Negara Ditetapkan, kami juga mengumpulkan (atau bergantung pada pihak lain yang membuat pengumpulan) maklumat tentang peranti anda yang tidak digunakan dengan Perkhidmatan kami (cth. ID iklan, alamat IP, sistem pengendalian dan maklumat pelayar) supaya kami dapat menyediakan iklan yang relevan kepada Ahli kami dan lebih memahami keberkesanannya.

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lihat Seksyen 1.4 dalam Dasar Privasi.

Analisis dan penyelidikan

Kuki dan teknologi yang serupa membantu kami mengetahui lebih lanjut tentang prestasi Perkhidmatan dan plugin kami di lokasi yang berlainan.

 

Kami atau penyedia perkhidmatan kami menggunakan teknologi ini untuk memahami, menambah baik dan menyelidik produk, ciri dan perkhidmatan, termasuk apabila anda menavigasi laman kami atau apabila anda mengakses LinkedIn dari laman, aplikasi atau peranti lain. Kami atau penyedia perkhidmatan kami menggunakan teknologi ini untuk menentukan dan mengukur prestasi iklan atau paparan di dalam dan di luar LinkedIn serta mengetahui sama ada anda berinteraksi dengan laman web, kandungan atau e-mel kami dan memberikan analisis berdasarkan interaksi tersebut.

 

Kami juga menggunakan teknologi ini untuk memberikan maklumat terkumpul kepada pelanggan dan rakan kongsi kami sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan kami.

 

Jika anda ahli LinkedIn tetapi anda telah mendaftar keluar daripada akaun anda pada pelayar, LinkedIn masih akan terus mencatatkan interaksi anda dengan Perkhidmatan kami pada pelayar tersebut sehingga tamat tempoh kuki untuk menjana analisis penggunaan untuk Perkhidmatan kami. Kami mungkin berkongsi analisis ini dalam bentuk terkumpul dengan pelanggan kami.


Siapakah pihak ketiga yang menggunakan teknologi ini berhubung dengan Perkhidmatan kami?

Pihak ketiga seperti pelanggan, rakan kongsi dan penyedia perkhidmatan kami mungkin menggunakan kuki berhubung dengan Perkhidmatan kami.

Sebagai contoh, pihak ketiga mungkin menggunakan kuki pada laman LinkedIn, paparan pekerjaan dan iklan mereka di dalam dan di luar LinkedIn untuk tujuan pemasaran sendiri. Untuk mendapatkan ilustrasi, sila lawati Pusat Bantuan LinkedIn.

Pihak ketiga juga mungkin menggunakan kuki berhubung dengan Perkhidmatan di luar laman kami, seperti perkhidmatan iklan LinkedIn. Pihak ketiga mungkin menggunakan kuki untuk membantu kami menyediakan Perkhidmatan kami. Kami juga mungkin bekerjasama dengan pihak ketiga untuk tujuan pemasaran kami dan untuk membolehkan kami menganalisis dan menyelidik Perkhidmatan kami.

Pilihan Anda

Anda diberikan pilihan tentang cara LinkedIn menggunakan kuki dan teknologi yang serupa. Sila ambil perhatian bahawa jika anda mengehadkan keupayaan LinkedIn menetapkan kuki dan teknologi yang serupa, anda mungkin menjejaskan pengalaman penggunaan anda secara keseluruhannya memandangkan pengalaman anda tidak lagi diperibadikan. Anda juga mungkin dihalang daripada menyimpan tetapan yang diperibadikan seperti maklumat log masuk.

Memilih keluar daripada pengiklanan tersasar

Seperti yang diterangkan dalam Seksyen 2.4 dalam Dasar Privasi, anda diberikan pilihan bagi iklan diperibadikan yang mungkin anda lihat.

Ahli LinkedIn boleh melaraskan tetapan mereka di sini.

Kawalan pelawat boleh didapati di sini.

Sesetengah sistem operasi peranti mudah alih seperti Android menyediakan keupayaan untuk mengawal penggunaan ID pengiklanan mudah alih untuk pemperibadian iklan. Anda boleh mengetahui cara menggunakan kawalan ini dengan melawati laman web pengilang. Kami tidak menggunakan ID pengiklanan mudah alih iOS untuk pengiklanan tersasar.

Kawalan Pelayar

Kebanyakan pelayar membolehkan anda mengawal kuki melalui tetapan mereka yang boleh disesuaikan untuk menggambarkan persetujuan anda terhadap penggunaan kuki. Selain itu, kebanyakan pelayar juga membolehkan anda menyemak dan memadamkan kuki, termasuk kuki LinkedIn. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kawalan pelayar, sila rujuk dokumentasi yang disediakan oleh pembuat pelayar anda.

Apakah Do Not Track (DNT)?

DNT ialah konsep yang dipromosikan oleh agensi berkuasa, seperti Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika Syarikat (FTC) kepada industri Internet untuk membangunkan dan melaksanakan sebuah mekanisme yang membolehkan pengguna Internet mengawal penjejakan aktiviti dalam talian mereka merentasi semua laman web menggunakan tetapan pelayar. Oleh itu, LinkedIn biasanya tidak membalas isyarat “do not track”.

Sumber lain yang berguna

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan kuki oleh pengiklan, sila lawati pautan berikut: